SHAH ALAM – Jangkitan Covid-19 sebenarnya lebih berisiko ketika berada di dalam bangunan berbanding di luar bangunan.
Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata, kajian mendapati keadaan di dalam bangunan boleh tersebar pada kadar lebih tinggi.
“Sebagai contoh, dalam bilik mesyuarat, bangunan tertutup dan mempunyai pendingin hawa. Tiada pertukaran udara di sekitarnya. Kebanyakan pendingin hawa menggunakan semula udara yang digunakan.
“Justeru, ada risiko untuk kita menghidu udara tercemar. Berbanding dengan kawasan di luar bangunan, kuantiti udara sangat banyak, jadi virus ini boleh tersebar dengan lebih jauh di samping mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.
Katanya, seseorang boleh menjangkiti orang lain sekiranya menghidu udara tercemar dan memegang sebarang objek yang dijangkiti kuman.
“Secara teorinya, titisan pernafasan ini boleh berterbangan di udara sehingga enam kaki daripada sumbernya namun dalam keadaan tertentu, virus ini boleh berterbangan dengan lebih jauh.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf