PDPA CONSENT

Personal Data Protection Act 2010 CONSENT

CUCKOO INTERNATIONAL (MAL) SDN BHD

– NOTIS DATA PERIBADI –

Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan kami yang dihargai untuk menerangkan hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan mengutip, mengumpul dan/atau memproses.

  1. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

Kami telah dan akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk urusan anda, pada masa kini atau masa depan, dengan Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Company No. 1102894-H), anak syarikat, syarikat bersekutu dengannya, rakan kongsi usaha samanya, termasuk semua pemegang saham, pengarah, pekerjanya, pembekal, kontraktor dan/atau orang yang dibenarkan (“kami”, atau” Syarikat”). Data peribadi anda membolehkan kami mencapai Tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam klausa 3 disini yang berkaitan dengan perniagaan kami.

  1. Sifat Data Peribadi

Data peribadi yang anda berikan termasuk tanpa tidak terhad kepada nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, alamat surat menyurat, alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, butir-butir kanak-kanak dan/atau penjaga, pekerjaan, maklumat kenalan, termasuk alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faks, dan nombor telefon pejabat, butir-butiran majikan, butir-butiran tanggungan dan/atau ahli keluarga, bangsa, kewarganegaraan, gambar.

  1. Tujuan-Tujuan

Kami mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan termasuk tanpa terhad kepada yang berikut:

    1. Perjanjian & Urus Niaga
      • Kemasukan segala perjanjian, kontrak, memorandum, dan/atau urusan yang perlu untuk membeli produk atau perkhidmatan kami;
      • Penilaian kredit dan semakan latar belakang lain yang kami fikir perlu atau sesuai;
      • Pungutan pembayaran tertunggak di bawah perjanjian-perjanjian;
      • Penyampaian notis, dokumen, borang, dan dokumen lain di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, memorandum-memorandum dan / atau aturan urusan lain;
      • Pelaksanaan obligasi-obligasi lain yang perlu di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, memorandum-memorandum dan/atau aturan urusan lain;
    2. Perkhidmatan & Produk
      • Penyampaian perkhidmatan utama kami dan produk kami sama ada pada masa kini atau masa depan, termasuk Penapis Air, Penapis Udara, Periuk Nasi Serba Boleh, Peralatan Rumah dan sebagainya;
      • Prosedur pengurusan hubungan pelanggan yang kami fikir perlu dan patut;
      • Pemprofilan aktiviti-aktiviti pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami;
      • Komunikasi dengan anda dan penyampaian maklumat melalui e-mel, secara telekomunikasi, termasuk panggilan telefon atau mesej teks atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan dan/atau ditawarkan oleh Kelas Pihak Ketiga seperti yang dinyatakan dalam klausa 8 di sini;
      • Tujuan-tujuan lain yang diperuntukkan dalam perkhidmatan atau produk khusus yang kami ditawarkan;
    3. Rekod Dalaman & Luaran (Pemasaran)
      • Pemasaran produk / perkhidmatan kami kepada anda sama ada pada masa kini atau masa depan;
      • Bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan mana-mana di atas, termasuk tanpa terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisisa statistik;
      • Penyimpanan rekod dalaman;
    4. Pematuhan Undang-Undang
      • Pencegahan, penghalangan, laporan bagi apa-apa jenayah termasuk tanpa terhad kepada penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram; dan
      • Pematuhan kepada mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan / produk kami dan untuk mendedah di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami atau mana-mana anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan dalam kumpulan kami.
  1. Sumber

Sumber-sumber data peribadi anda yang kami perolehi termasuk tanpa terhad kepada borang tempahan, borang pendaftaran, borang atas talian, perjanjian yang anda tandatangani, kad nama atau mana-mana bahan pengenalan yang anda sampaikan secara sukarela; dan direktori perniagaan atau senarai yang anda telah melanggan untuk berkongsi maklumat anda dan lain-lain.

  1. Kelas Pihak Ketiga

Secara amnya, data peribadi anda yang kami kumpulkan akan dirahsiakan. Dengan ini, anda bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:

    1. syarikat bersekutu, anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan syarikat kami;
    2. rakan kongsi perniagaan kami termasuk syarikat sekutu perniagaan, peruncit, pengedar, agen yang menyampai, membekal, mengedar dan/atau berurusan secara umum tentang perkhidmatan atau produk kami yang berkaitan dengan perniagaan kami dan berkaitan dengan program kesetiaan dan program-program lain;
    3. juruaudit, perunding perniagaan, akauntan, peguam, pembantu penyelidik atau penasihat profesional kami yang lain dan / atau perunding sebagaimana yang kami fikir perlu dan sesuai ;
    4. sub- kontraktor atau pemberi perkhidmatan atau produk pihak ketiga sebagaimana yang kami fikir perlu atau yang sesuai termasuk pengurusan harta pihak ketiga atau syarikat-syarikat atau entiti pemasaran;
    5. mana-mana pihak yang pendedahan kami adalah diwajib atau dikehendaki di bawah undang-undang atau sebagai tindakbalas kepada pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawal selia industri , agensi penguatkuasa, pihak berkuasa berkanun, mahkamah, tribunal, pusat timbang tara, pesuruhjaya atau majlis atau persatuan undang-undang yang diberi kuasa oleh undang-undang.

 

  1. Kewajipan Anda

Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami dengan kaedah yang paling tepat. Sekiranya anda tidak membekalkan data peribadi anda, kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 disini dan semua hubungan yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan antara kami hendaklah kemudiannya ditamatkan dan diberhentikan serta-merta.

  1. Hak-Hak Anda
  2. Hak mengakses kepada data peribadi

Anda berhak untuk mengakses data peribadi anda yang kami kumpul dan proses menyampaikan notis yang munasabah.

  1. Hak membuat pembetulan data peribadi

Anda berhak untuk membuat pembetulan data peribadi anda yang kami kumpul dan simpan di mana data peribadi tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini dengan menyampaikan notis yang munasabah.

  1. Hak menghadkan pemprosesan data peribadi anda

Anda berhak untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda dengan permohonan untuk menarik balik kebenaran anda sepenuhnya dalam setiap kes sebelum ini, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung dan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.

 

>